Harta Pusaka Nenek
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rizal yang Insaf
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadiah Cincin Berlian
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Mat Rempit
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umur Tinggal Enam Minggu
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.
"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"
Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".
Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"
"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….
Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudu
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor : ???????
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepasan SPM
"Tahun ini ada berita baik, Ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.
"Berita baik apa?" tanya ayahnya.
"Yang pasti Ayah tidak perlu pening memikirkan belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.
"Apa kau lulus dengan markah yang bagus dan mendapat biasiswa?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
"Bukan Ayah! Saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARI JADI
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
No comments:
Post a Comment